Untuk peminat Coffee atau yang suka Cafe hunting, korang patut datang ke Kuantan! Terletak di pantai timur Semenanjung Malaysia, Kuantan adalah sebuah bandar yang meriah dan merupakan ibu negeri Pahang. Dengan lokasinya yang strategik hanya 4 jam perjalanan dari Kuala Lumpur, Kuantan memang terkenal dengan keindahannya. Untuk yang mencari ketenangan sambil healing, Kuantan ada banyak tempat untuk kamu semua treasure. Disini saya kongsikan beberapa buah kafe yang underrated yang kamu semua mesti tak tahu.Â
1. Unclekaylsroastbrew, Tok Sira
Unclekaylsroastbrew Cafe ni memang santai habis. Berkonsepkan kontemporari style, Kafe ini terletak di Markassera yang hanya 4min drive ke Pantai Teluk Cempedak. Kafe ni terkenal dengan matcha yang di whisk sendiri dan beberapa pilihan kek dan pastry yang menarik. Tempat ni sesuai sangat untuk lepak dengan kawan-kawan sambil menikmati suasana kafe yang cozy dan vibes healing bersama keluarga atau rakan rakan. Menu dia pun ada macam-macam dari coffee, matcha sampaila ke dessert. Kalau nak datang ke Unclekayls boleh waze je SMK Teluk Chempedak dan boleh nampak lokasi mereka di hadapan sekolah.Â
Â
2. Rahasia Coffee, Tok Sira
Kalau kita masuk ke dalam markassera ni ada satu lagi spot untuk korang try. Bagi peminat tegar coffee pula, ada satu lagi kafe yang agak tersorok. Rahasia coffee ini memang kalau waze dia akan sampai masuk dalam rumah tau korang. Berkonsepkan tenang dan santai, rahasia kopi beroperasi di dalam rumah dan sesiapa yang datang ke Markassera sahaja yang tahu dan dapat menikmati kesedapan kopi rahasia ni. So tunggu apa lagi jom serbu kopi rahasia supaya lepas ni tak rahasia dah >.<
3. Kantin.co
Kalau nak cari tempat yang hipster sikit, boleh try Kantin.co. Kafe ni ada vibe yang unik dengan dekorasi ala-ala vintage dan terletak di Jalan Teluk Sisek Kuantan. Minuman dia memang terbaik, terutama sekali coffee mereka. Kafe ni juga ada banyak pilihan Italian food, kek dan pastri yang sedap. Kalau korang datang ke Kantin.co ni memang kena try cinnamon rolls and brownies dia. Memang terbaik. Spot yang best untuk makan tengah hari atau santai minum petang. Harga pun berpatutan dan portion besar. Tempat ni selalu penuh waktu lunch sebab makanan dia memang padu dan servis cepat.Â
Â
4.Kedai kopi Mimpi dan Jiwa
Kalau tadi kita dah kongsikan cafe yang dekat dengan pantai dan bandar, sekarang kita nak share yang uniknya kuantan ni kita ada cafe dalam air terjun tau. Korang search je Air terjun Sg Pandan, lepas masuk entrance boleh terus nampak kedai mereka di sebelah kanan. Yang penting kalau nak datang kena datang waktu hujung minggu, cuti am atau cuti sekolah sahaja tau. Sambil sambil mandi manda tu boleh la minum kopi kan? Selamat mencuba!
Â